KEADAAN SYURGA DAN BERBAGAI KENIKMATAN
Ketahuilah bahawa perumahan yang sudah engkau maklumi betapa besar kesengsaraan dan kesukarannya itu, disampingnya ada pula suatu perumahan yang lain yang luar biasa kenikmatan dan kesenangannya. Seseorang yang terasing dari menepati salah satunya, pasti ia memperolehi yang satunya lagi. Maksudnya seseorang yang dijauhkan dari neraka tentu dapat memasuki perumahan yang bahagia ini, kecuali beberapa orang yang ditentukan seperti orang2 yang berdiam di A’araf. Mereka ini tidak di syurga dan tidak di neraka.
Benar, perumahan yang penuh kebahagiaan itu ialah syurga. Maka dari itu perintahlah diri mu sendiri dan cemeti ketaqwaan supaya dapat memperolehi kerajaan yang maha besar ini, juga dapat menyelamatkan perihal dari seksa yang pedih. Fikirkanlah tenang2 perihal para penghuni syurga, alangkah gembira rianya mereka itu. Wajah mereka tampak cemerlang penuh kesenangan, minumannya tertutup rapi dengan cap, duduk diatas singgah sana batu2 indah atau jauhar yang bagus2, bersandar di atas sofa2 yang didirikan ditepi sungai yang serba indah permandangannya.
Aliran sungai itu tidak memabukkan, juga madu atau susu putih jernih lagi bersih.
Mereka diluputi oleh anak2 dan bujang2, dihiasai kediamannya itu dengan bidadari molek dan cantik2 bagaikan mutiara, marjan dan berbagai ratna mutu manikin, yang belum pernah dijamah(sentuh) oleh manusia atau jin.
Didalam syurga itu para ahlinya dapat melihat Dzat yang maha merajai yang mulia, wajah2 mereka Nampak sangat gembira memperolehi kenikmatan ini, segala yang diingini dengan segera dapat dilayani dan keadaan demikian ini kekal untuk selama-lamanya. Disitu mereka tidak mempunyai perasaan sedih dan takut, sentosa dan sejahtera dari kebimbangan yang dapat dirasaikan dalam syurga itu.
Jikalau kita telah menyedari demikian ini, maka kini perhatikanlah pada dirimu sendri.
Jika engkau ingin mengetahui lebih jelas lagi sefat2 dan keadaan syurga, baiklah engkau membaca Al-Quran, sebab sesungguhnya saja tidak ada keterangan yang lebih memuaskan lagi daripada apa yang difirman oleh Allah s.w.t sendiri, kerana justeru memang Allah s.w.t jualah sebagai maha penciptanya. Cubalah baca firman Allah s.w.t yang berbunyi :
“dan bagi orang yang takut akan taat mengharap TuhanNya ia memperolehi du ataman syurga”.
S. rahman 46