Mungkin dalam hati mu pernah timbul ucapan pada dirimu sendiri : “wahai diri, kemana kiranya kepergiaanmu nanti, dimanakah kiranya tempat kediamaanmu nanti. Bagaimana pula qadla’ dan kadar Tuhan terhadap engkau ini wahai diri..??”

Ini kesempatan bagimu untuk megoreksi dirimu sendiri. Sekarang perhatikanlah cara menelitinya ini. Dengan cara ini engkau akan merasa tenang dan dapat memperbaharui harapanmu, yakni jikalau sudah baik, maka teruskanlah dan jikalau belum, mulailah berusaha yang baik itu…
Mula2 lihatlah keadaan hal ehwal dirimu serta amal kelakuanmu, sebab semua amalan atau perbuatan itu akan dirasakan mudah bagi seseorang yang sengaja dititahkan untuknya. Orang baik tentu merasa ringan saja berbuat kebaikan dan berat sekali rasanya jika hendak melakukan kejahatan. Sebalik nya orang buruk akan merasa ringan melakukan kejahatan tetapi merasa berat sekali untuk melakukan kebaikkan.

Lihatlah sekarang hal ehwal diri sendiri itu. Mudahkah dirimu berbuat demikian, ringankah rasanya engkau laksanakan ketaatan2 kepada Allah s.w.t itu, jikalau betul demikian, maka bolehlah engkau bergembira, sebab rasa2nya engkau memang termasuk sorang yang jauh dari api neraka.
Sebaliknya ialah jikalau engkau hendak berbuat kebaikan, tetapi selalu saja ada halangan, sehingga engkau urungkan niatmu dan tidak jadi engkau lakukan, sedangkan jikalau engkau hendak berbuat kejahatan, alangkah mudahnya melakukan itu dan segala halangan seolah2 tidak ada sama sekali, maka jikalau demikian keadaanmu rasanya memang dirimu telah ditetapkan untuk menjadi seorang yang sengasara diakhirat nanti.

 Apakah ini sudah menjadi kepastian?
Jawabnya bahawa untuk menjadi kepastiaan tentulah tidak, sebab tahu akhir penghabisan seseorang dalam hujung usianya, mungkin ia peroleh husnul khatimah dan mungkin pula su-ul khatimah. Bagi orang yang selalu berbuat baikpun, tidak dapat menjadi kepastian bahawa ia tentu akan bahagia hidupnya nanti.
Tetapi janganlah engkau lupakan bahawa setiap sesuatu itu ada alamatnya masing2.

sesungguhnya orang2 yang baik, itu ada didalam kesenangan dan orang2 yang jahat itu ada didalam neraka jahanam
S. Infithar 13-14



Ya Allah, kurniailah kita untuk dapat merasa mudah dan ringan beramal shalih. Amin