Mengenai orang yang ketiga yakni orang yang sedar dan mengetahui duduknua persoalan kematian itu, ia senantiasa ingat kematian dan dengan tabah akan menghadapi kedatangannya. Sebabnya ialah kerana ia sedar pula bahawa saat kematian itu adalah merupakan saat yang amat bahagia baginya. Ia dapat bertemu dengan kekasihnya. Ingatlah bahawa seseorang yang mencintai sesuatu pasti tidak akan terlalai sedekipun masa pertemuannya dengan sipa yang dikasihnya itu. Kekasih satu-satunya bagi orang yang sedemikian ialah Allah subahanahu wa Taala.

P e r s o a l a n :

Bagaimakah jalan yang sebaik-baiknya untuk mengingat-ingat kepada kematian itu…??