Bismil’llahi ‘rahhmaani ‘rrahiim.
(dengan name Allah yang pengasih, penyayang)
KEUTAMAAN MENGINGAT KEMATIAN
Ada beberapa hadith Rasulullah s.a.w yang menjelaskan keutamaan mengingat-ingat perihal kematian itu, di antaranya ialah:
1.      Perintah memperbanyak mengingat kematian :
perbanyakkanlah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala macam kelazatan (kematian) : .

Diriwayatkan oleh tirmizi.

2.      Mengingat kematian dapat melebur dosa dan berzuhud :
perbanyakkanlah mengingat kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuslan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia” .

Diriwayatkan oleh ibny abiddunya.

3. kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
“cukuplah kematian itu sebagai penasihat”

Diriwayatkan oleh thabrani dan baihaqi.

4. orang yang tercerdik ialah orang yang terbanyak mengingat kepada kematian :
“secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi kea lam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”.

Diriwiyatkan oleh ibnu majah dan ibnu abddunnya.

Ketahuilah bahawa seseorang yang sentiasa berkecimpung dalam kemewahan keduniaan, yang tenggelam kerana tertipu oleh keindahannya serta yang amat mencintai kesyahwatan-kesyahwatan serta kesenangan-kesenangannya, pastilah terlupa hatinya dari mengingat-ingat kematian itu. Bahkan ia tidak ingat sama sekali bahawa pada suatu ketika ia juga akan mati. Jikalau diingatkan oleh orang lain pun, ia malahan membencinya dan lari dari nasihat yang baik tersebut. Golongan manusia yang semacam inilah yang disebutkan oleh Allah Taala dalam firmanNya :
katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke-Dzat yang maha mengetahui segala yang ghaib serta nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahunyapadamu semua apa-apa yang kamu lakukan

S. Jumu’ah 8.

Selanjutnya seseorang yang mengingat kematian itu ada tiga macam keadaannya iaitu :