Kesengsaraan yang dialami di neraka jahanam
Hai manusia yang lupa untuk mencari keselamatannya diri sendiri..
Hai manusia yang tertipu oleh benda-benda keduniaan yang tidak lama lagi akan sirna, tertipu kerana kesibukan –kesibukan mengejar harta dunia yang sebentar lagi akan ditinggalkan.
Hilangkanlah pemikiran terhadap sesuatu yang engkau pasti akan meninggalkannya, kemudian sebagai gantinya pusatkanlah perhatianmu kepada tempat tinggalmu yang akan engkau diami nanti.
Manakah tempat kediamanmu nanti. Bukankah engkau telah diberitahu bahawa neraka adalah tempat kediaman semua orang , sebagaimana yang difirmankan oleh Allah subhahanahu wa ta’ala.
“dan tiada seorang pun dari kamu semua yang tidak akan masuk di dalamnya. Itulah keputusan Tuhan yang pasti dan tidak dapat dielekkan. Kemudian akhirnya kami(Allah) melepaskan orang-orang yang bertaqwa dan kami biarkan orang-orang yang menganiaya(durhaka) terus berlutut didalamnya itu”
S. Maryam 71-72
Engkaupun, wahai manusia sudah menjadi kepastian untuk memasuki tmpat yang dimaksudkan dalam ayat diatas itu. Sedangkan mengenai keselamatan dirimu masih diragukan, sebab untuk dapat selamat dari tempat itu haruslah diikuti dengan syarat yang cukup berat iaitu harus benar2 bertaqwa kepada Allah s.w.t, menjaga diri dari segala macam kemaksiatan dan melaksanakan semua yang diperintahkan. Jadi belum tentu engkau selamat dari sikda yang pedih itu.
Oleh sebab itu bayangkanlah seta rasakanlah dalam hatimu betapa kesengsaranya masuk dalam tempat yang penuh sikda itu, sebab dengan meingat-ingat kesengasaraannya itu, barangkali engkau hendak menyiapkan dirimu untuk lebih giat mencari bekalan guna menyelamatkan diri. Renungkanlah pula keadaan seluruh makhluk yang same menanggung kesengsaraan-kesengsaraan hari kiamat itu. Di saat mereka sedang dilipiti oleh kesukaran dan kesulitan yang tiada tara nya itu, sambil berdiri menantikan hakikat yang telah terjadi, menunggu kebenaran berita yang akan disampaikan, tiba-tiba golongan
kaum yang durhaka tanpa disedarinya sama sekali telah diselimuti oleh kegelapan yang terserak kesana ke mari, mungkin kegelapan asap yang mengepul di atas kepala mereka, juga nampaklah di mata mereka neraka yang menyala-nyala dengan dasyatnya.
Dari kejauhan terdengar lah suara gemuruhnya sebagai tanda kemurkaan dan kemarahannya yang sangat. Dikala itu kaum durhaka tadi sudah meyakinkan bahawa dirinya sudah tidak dapat tertolong lagi dari marabahaya yang lebih besar lagi. Mereka yakin bahawa keadaan yang lebih sengsara sudai mulai tiba, tubuh2 manusia tampak bertumpuk-tumpuk berlutut tersubgkur tidak berdaya lagi. Orang2 yang sebenarnya terlepas dari sisa itupun hampir2 merasa bahawa dirinyapun akan memperoleh kebajikan yang buruk sebagaimana yang dialami oleh kaum yang durhaka itu.
[ next page ]